Followers

Wednesday, April 25, 2007

22 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN DEKAT

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan
melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama
dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap
halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika
tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak
mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan
kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan
perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin
menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir
dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi
kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan
baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta
memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,
minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan,
meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak
berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar
sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang
lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara
mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan
dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan,
peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mau mengamalkan suruhan agama dan tidak
mau membela serta menyebarkannya, kaum yang menyeru orang untuk mengingat TUHANNYA (BERZIKIR) dipandang sebagai hal yang ANEH DAN DIKATAKAN AHLI BID'AH DAN SESAT
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman
adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,
yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud
meminta sedekah.

SUDAHKAH ANDA MEMPERSIAPKAN DIRI ANDA UNTUK MENGHADAPI KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN YANG AKAN TERJADI INI? SUDAHKAH ANDA MENGAJAK ORANG-ORANG UNTUK MENGINGAT KEMBALI KEPADA TUHANNYA?

No comments: