Monday, May 7, 2007
ASAL USUL TARIQAH
Nabi Muhammad saw sebagai guru pertama umat Islam telah
membuka jalan (tariqah) yang pertama dan telah menyem-
purnakan tablighnya (penyampaiannya). Maka dengan ini tariqah
kaum muslimin keseluruhannya berpokok pangkal dari tariqah
Nabi Muhammad saw. Segala amal ibadah yang kita lakukan atau
tariqah yang kita amalkan adalah petunjuk yang kita terima dari
guru-guru kita. Mereka sebelumnya menerima dari para ulama.
Para ulama sebelumnya menerima dari para Tabi’Tabi’in.
Mereka pula telah menerima dari para tabi’in yang telah menerima dari
sahabat yang langsung menerima dari Rasulullah saw. Rasulullah
saw telah menerima segala ajaran pula dari Jibril as dan Jibril pula
menerimanya dari Allah swt.
Perlaksanaan sunnah Nabi Muhammad saw yang terkandung
dalam Ilmu Fiqeh harus dilaksanakan melalui tariqah. Tidak
mencukupi hanya dari keterangan hadis–hadis Nabi Muhammad
sawsahaja tanpa ada sahabat yang melihat cara perlaksanaan Nabi
saw dalam sesuatu ibadah. Kemudian mereka pula menceritakan
kembali caranya kepada murid-muridnya iaitu para tabi’in dan
seterusnya. Apabila seseorang mempelajari ilmu Fiqehsebenarnya
ia sudah melakukan satu tariqah.
Apabila seorang guru mengajarkan ilmu sembahyang
misalnya, ia pasti mengajar, membimbing dan menunjukkan cara
perlaksanaan yang betul, dengan niat yang sah, segala rukun
sembahyang sehingga dapat sembahyang itu akhirnya
dilaksanakan dengan sempurna. Semua bimbingan gurunya itu
dinamakan tariqah. Maka apabila perlaksanaan ibadah itu
meninggalkan kesan pada jiwanya dan dikerjakan secara
maksimal, maka ia akan menjadi Haqiqah, sedangkan hasilnya,
sebagai tujuan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah itu
ialah mengenal Tuhan sebaik-baiknya, atau dalam istilah Tasawuf
disebut mencapai Makrifatullah.
Syariah dan Tariqah adalah tidak lain daripada mewujudkan
perlaksanaan ibadah dan amal, sedangkan Haqiqah itu
memperlihatkan ahwal dan rahsia tujuannya.
Dalam Ilmu Tasawuf penjelasan ini disebut: Syariah itu
merupakan peraturan. Tariqah itu merupakan perlaksanaan.
Haqiqah itu merupakan keadaan dan Makrifah itu adalah tujuan
yang terakhir iaitu mengenal Allah swt.
Imam As-Syeikh An-Naqsyabandi mengatakan:
“Syariah itu segala apa yang diwajibkan, dan Haqiqah itu segala
apa yang diketahui. Syariah itu tidak boleh terlepas dari Haqiqah dan
Haqiqah pula itu tidak boleh terlepas dari Syariah.”
Imam Malik pula berkata:
“Barangsiapa mempelajari Fiqeh sahaja dengan tidak mempelajari
Tasawuf, maka ia fasik. Barangsiapa mempelajari Tasawuf sahaja
dengan tidak mengenal Fiqeh, maka dia itu zindiq. Barangsiapa
mempelajari serta mengamalkan kedua-duanya itu, maka dia itulah
Mutahaqqiq, iaitu ahli Haqiqah yang sebenarnya.”

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment