Monday, May 7, 2007
SEJARAH TARIQAH
Islam merupakan agama lengkap yang menjangkau segala aspek
hidup, sama ada dalam menyediakan keperluan rohani dan
jasmani manusia. Tujuan hidup manusia sesuai dengan fungsinya
sebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini adalah untuk
mencurahkan pengabdian yang sepenuhnya kepada Allah swt.
Amanah dan risalah agama tauhid telah berkembang turun
temurun sejak Nabi Adam sehingga ke junjungan kita Nabi
Muhammad saw. Rasulullah saw telah mempamerkan qudwa
yang baik menerusi ibadahnya, musyahadahnya, muraqabahnya
dan segala tindak tanduknya. Ini jelas dapat dilihat dalam sejarah
kehidupan Nabi Muhammad saw apabila diteliti.
Rasulullah saw telah membawa Islam ke suatu tahap yang
sempurna dan menerapkan ajaran dasar iaitu tauhid ke dalam
setiap manusia yang mengesakan Allah swt. Diikuti pula dengan
perlaksanaan penghambaan melalui peraturan-peraturan agama
dan syariat yang tercangkup dalam rukun Islam. Melalui contoh
hidup beliau, Rasulullah saw menjadi petunjuk terbaik dalam
perlaksanaan ajaran-ajaran tuhan yang diwahyukan itu.
Contoh kezuhudan Rasulullah saw adalah satu tarikan pula
buat sebahagian besar para sahabat terutama Sayyidina Abu
Bakar ra, Sayyidina Omar ra, Sayyidina Uthman ra, Sayyidina Ali
ra, Abu Zar Al-Ghiffari ra, Abu Hurairah ra dan ramai lagi untuk
mengikuti.
Para sahabat dan mereka yang mengikut ajaran Rasulullah
saw telah memperjuangkan Islam secara zahir dan batin. Semasa
pemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin, Islam telah tersebar luas
sehingga ke Mesir, Palestine, Syria, Iraq, Parsi, Byzantium dan
juga ke setiap pelusuk negara yang lain.
Setelah berlalu zaman Khulafa’ Ar-Rashidin dan kerajaan Bani
Umaiyyah, hampir semua para Khalifah yang menduduki takhta
telah meninggalkan kezuhudan dan kehidupan sederhana.
Mereka telah terpesona dengan kehidupan mewah dan kekuasaan
sehingga mereka berani melakukan perbuatan-perbuatan yang
tidak mengikut sunnah dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw.
Perubahan sosio ekonomik dan politik pada zaman
pemerintahan Bani Umaiyyah adalah titik tolak pelancaran suatu
aliran zuhud dan mengutamakan pembinaan rohani dalam Islam.
Sebenarnya aliran itu, tidak berniat untuk mengemukakan sesuatu
yang baru atau di luar lingkungan agama Islam. Mereka
sebenarnya rasa terharu dengan perpecahan umat yang berlaku
ketika itu dan merindukan suasana kehidupan yang murni seperti
di zaman Rasulullah saw.
Maka pada kebelakangan era pemerintahan Bani Umaiyyah,
para zuhud tampil kehadapan terutama di Basrah dan Kufah.
Disanalah Hassan Al-Basri dikenali sebagai penggerak Sufi yang
terulung. Masa pemerintahan Abasiyyah pula bangkitlah
golongan-golongan Sufi yang menggerakkan konsep-konsep
kerohanian. Pada zaman inilah sempadan Sufi mula melebar dari
perlakuan zuhud ke peringkat ma’rifat ke lebih dalam. Ahli
sejarah menetapkan Sheikh Ma’ruf Al-Karkhi sebagai ulama Sufi
yang mengemukan aliran ini. Konsep Sufi ini diteruskan oleh
mereka seperti Abu Sulaiman Ad-Darani dan Zunnun Al-Masri
dan yang lainnya.
Kemunculan Imam Al-Ghazali pula menguatkan dan
mendokong usaha pemikir-pemikir Sufi. Beliau bertang-
gungjawab menerapkan ilmu Tasauf dalam pemikiran dasar ilmu
Tafsir dan seterusnya menguatkan pengamalannya dalam Tariqah.
Tren yang berdasar luas dalam pergerakkan Tariqah di masa
pemerintahan Bani Abassiyah telah menarik ramai pengikut
yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kemudian
perkembangan Tariqah begitu cepat sekali. Di masa Al-Ghazali,
Tariqah mencapai ekspresi yang lebih sistematik sebagai alat
penyampaian Sufi. Dua faktor bertanggungjawab mempelopori
fenomena itu adalah Sheikh Tariqah dan para pengikutnya
sehinggalah Tariqah itu tersebar luas dan diamalkan di setiap
pelusuk bumi sehingga ke hari ini.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment