Monday, May 7, 2007
TUJUAN DAN POKOK TARIQAH
Tariqah sebagai organisasi para salik dan sufi, pada dasarnya
memiliki tujuan yang satu, iaitu Taqarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah swt. Akan tetapi sebagai organisasi, para salik yang
kebanyakan diikuti masyarakat awam merupakan para
Mubtadi’in, maka dalam tariqah terdapat tujuan-tujuan yang lain
yang diharapkan dapat mendukung tercapainya tujuan pertama
dan utama tersebut. Sehingga secara garis besar, dalam Tariqah
terdapat tiga tujuan yang masing-masing melahirkan tatacara dan
jenis-jenis amalan kesufian. Ketiga tujuan pokok tersebut adalah:
1. Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
Ia merupakan satu proses penyucian jiwa yang akan
menghasilkan ketenteraman, ketenangan dan rasa dekat
dengan Allah swt dengan menyucikan hati dari segala
kekotoran dan penyakit hati atau penyakit jiwa. Tujuan ini
merupakan syarat yang harus dipenuhi oleh seorang salik atau
ahli tariqah. Bahkan dalam tradisi tariqah, Tazkiyatun Nafs
ini dianggap sebagai tujuan pokok. Dengan bersihnya jiwa
dari berbagai macam penyakit, akan secara langsung
menjadikan seseorang dekat kepada Allah swt.
Zikrullah (Mengingati Dan Menyebut Allah)
Adapun jalan atau cara menjalani proses Tazkiyatun Nafs
ini adalah dengan Zikrullah (mengingat Allah). Zikrullah
merupakan amalan khas yang mesti ada dalam setiap Tariqah.
Yang dimaksudkan dengan Zikir dalam sesuatu tariqah
adalah mengingati Allah swt dan menyebut nama Allah swt,
baik secara Jahar (lisan) atau secara Sirr (rahsia). Di dalam
Tariqah, zikrullah diyakini sebagai cara yang paling efektif
untuk membersihkan jiwa dari segala macam kekotoran danpenyakit-penyakitnya sehingga hampir semua tariqah menggunakan cara ini.
Selain zikrullah, Tazkiyatun Nafs ini juga diperolehi dengan:
Mengamalkan Syariat
Melaksanakan amalan-amalan sunnah,Berperilaku zuhud dan wara’
2. Taqarrub (Mendekatkan Diri Kepada Allah swt)
Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah swt merupakan
antara tujuan utama para sufi dan ahli tariqah. Ini diupayakan
dengan beberapa cara yang tersendiri. Cara-cara tersebut
dilaksanakan di samping perlaksanaan dan upaya mengingat
Allah (zikir) secara terus-menerus, sehingga sampai tidak
sedetik pun seorang salik itu lupa kepada Allah swt. Antara
cara yang biasanya dilakukan oleh para pengikut tariqah
untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih berkesan
ialah:
Tawassul & Wasilah
Tawassul dan Wasilah dalam upaya mendekatkan diri
kepada Allah yang biasa dilakukan di dalam tariqah adalah
suatu cara (wasilah) agar pendekatan diri kepada Allah swt
dapat dilakukan dengan mudah dan ringan. Di antara bentuk-
bentuk Tawassul yang biasa dilakukan adalah meng-
hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Syeikh yang memiliki
silsilah tariqah yang diikutinya sejak Nabi Muhammad saw
sampai kepada mursyid yang mengajar zikir kepadanya.
Muraqabah (Pengawasan)
Muraqabah ialah duduk bertafakkur atau mengheningkan
perbuatan dengan penuh kesungguhan hati, dengan seolah-
olah berhadapan dengan Allah swt. Meyakinkan diri bahawa
Allah swt senantiasa mengawasi dan memerhatikannya.
Sehingga dengan latihan Muraqabah ini, seorang salik akan memiliki nilai Ihsan yang baik, dan akan dapat merasakan kehadiran Allah swt di mana sahaja dan pada setiap masa.
Khalwat & Uzlah (Mengasingkan Diri)
Khalwat atau uzlah adalah mengasingkan diri dari hiruk
pikuk urusan duniawi. Sebahagian tariqah tidak mengajarkan
Khalwat ini dalam keadaan fizikal, kerana mengikut golongan
ini khalwat cukup dilakukan menerusi kehadiran hati
(Khalwat Qalb). Sedangkan sebahagian tariqah yang lain,
mengajarkan Khalwat atau Uzlah secara fizikal, sebagai
pengajaran untuk membawa penuntutnya dapat melakukan
Khalwat Qalb. Ajaran tentang khalwat ini dilaksanakan
dengan mengambil iktibar dari amalan Rasulullah saw pada
menjelang masa pengangkatan kenabiannya. Dalam
perlaksanaan Khalwat ini diisi dengan berbagai Mujahadah
demi mendekatkan diri kepada Allah swt. Dalam tradisi
sebahagian tariqah di rantau Nusantara ini, Khalwat ini lebih
dikenali dengan Suluk.
3. Tujuan-Tujuan Lain
Tariqah sebagai kumpulan yang menghimpunkan para calon
sufi atau Salik, yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat
awam dan kedudukan mereka itu berperingkat Mubtadi’in
(permulaan), maka dalam tariqah terdapat amalan-amalan
yang menyesuaikan kepada keadaan masyarakat awam.
Amalan-amalan tersebut bertujuan mengharapkan sesuatu
imbalan ataupun pertolongan dalam melaksanakan tujuan
pengamalan tersebut. Kadang kalanya amalan-amalan inilah
yang biasanya memenuhi masa ruang para Salik. Di antara
amalan-amalan tersebut ialah :
Wirid
Wirid adalah suatu amalan yang harus dilaksanakan secara
istiqamah (berterusan), pada waktu-waktu yang khusus
seperti setiap selesai mengerjakan sembahyang atau pada waktu-waktu tertentu yang lain. Wirid ini biasanya berupa potongan-potongan ayat, selawat atau pun nama-nama Allah.
Perbedaannya dengan zikir adalah kalau zikir itu
diijazahkan oleh seorang Mursyid dalam proses Bai’ah atau
Talqin atau Hirqah. Sedangkan wirid tidak semestinya harus
diijazahkan oleh seorang Mursyid dan tidak diberikan dalam
suatu proses perjanjian (bai’ah). Sedangkan dari sudut tujuan
juga memiliki perbezaan antara keduanya. Zikir hanya
dilakukan satu-satunya untuk mendekatkan diri kepada Allah
swt, sedangkan wirid biasa dikerjakan untuk kepentingan-
kepentingan tertentu yang lain, umpama memohon
keberkahan rezeki, pertolongan dan sebagainya.
Ratib
Ratib adalah amalan yang harus diwiridkan oleh para
pengamalnya. Tetapi Ratib ini merupakan kumpulan dari
beberapa potongan ayat atau surah-surah pendek yang
digabungkan dengan bacaan-bacaan lain seperti Istighfar,
Tasbih, Selawat, Asmaul Husna, Kalimah Thayyibah dalam
suatu jumlah yang telah ditentukan dalam pengamalan yang
khusus.
Ratib ini biasanya disusun oleh seorang mursyid besar
dan diberikan secara ijazah kepada para muridnya. Ratib ini
juga biasa diamalkan oleh seorang dengan tujuan untuk
meningkatkan kekuatan rohani dan merupakan wasilah
(perantaraan) dalam doa untuk kepentingan hajat-hajat yang
khusus.
Hizib
Hizib pula adalah suatu doa yang panjang, dengan
susunan perkataan dan bahasa yang indah disusun oleh
seorang sufi besar. Hizib ini biasanya merupakan doa
pelindung bagi seorang sufi yang juga diberikan kepada
muridnya secara ijazah. Hizib diyakini oleh kebanyakan
masyarakat Islam sebagai amalan yang dimiliki daya yang sangat besar terutama jika diperhadapkan dengan ilmu-ilmu ghaib dan kesaktian.
Manaqib
Manaqib sebenarnya adalah biografi seorang sufi besar
atau wali Allah seperti As-Syeikh Abdul Qadir Jailani dan
Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Diyakini oleh para
pengamal tariqah sebagai mempunyai suatu kekuatan rohani
dan barakah. Bacaan Manaqib ini seringkali dijadikan sebagai
amalan, terutama untuk mengingati sejarah dan perjuangan
para waliyullah dan untuk tujuan terkabulnya segala hajat-
hajat yang baik dan khusus.
Secara rumusan, pokok dari semua Tariqah itu ada lima :
Pertama – Mempelajari ilmu pengetahuan yang bersangkut
paut dengan perlaksanaan segala perintah-perintah syara’.
Kedua – Mendampingi guru-guru dan teman setariqah untuk
melihat bagaimana cara melakukan sesuatu ibadah.
Ketiga – Meninggalkan segala Rukhsah dan Ta’wil untuk
menjaga dan memelihara kesempurnaan amal.
Keempat – Menjaga dan mempergunakan waktu serta
mengisikannya dengan segala wirid dan doa guna kekhusyukan
dan kehadiran jiwa.
Kelima – Mengekang diri, jangan sampai keluar melakukan
hawa nafsu dan supaya diri itu terjaga daripada kesalahan

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment