atas pengurniaan jalan tariqah yang bertujuan menyempurnakan
dasar penghambaan kepadaNya serta menjadi penyebab
terbukanya pintu-pintu hati insan menuju ke samudra rasa cinta
kepadaNya. Selawat dan salam kami sampaikan kepada junjungan
besar, Nabi Muhammad saw yang telah menunjukkan jalan
tariqah ini serta memberikan contoh melalui liku-liku hidupnya
dalam menempuh jalan menuju kepadaNya. Juga kepada para
sahabat, keluarga beliau serta para tabi’ tabi’in sehingga para auliya’
dan ulama pada masa ini yang mengekalkan dan mempraktikkan
ajaran beliau bagi tujuan mencapai keredhaan Ilahi Rabbi.
Dunia Tasawuf telah berkembang begitu luas sekali dan telah
diwarisi oleh para tokoh-tokoh Sufi sejak kewafatan Baginda Nabi
Muhammad saw. Berbicara tentang Tasawuf yang salah satu
ajarannya mengupas masalah Tariqah, akan timbul pertanyaan
apakah hal tersebut ada dalam ajaran Islam.
Dalam ajaran tasawuf diterangkan bahawa syariat hanya
membicarakan kaedah rukun dan syaratnya suatu ibadah, sedang
Tariqahlah yang merupakan jalan yang membawa sesorang untuk
taqarrub kepada Allah. Apabila seseorang mampu menyelaraskan
antara syariat dan tariqah, maka ia akan menuju hakikat ibadah
untuk selanjutnya tercapailah apa yang dinamakan makrifatullah.
Dalam perkara ini, seorang tokoh sufi, As-Syeikh Abul Qasim
Junaid Al-Baghdadi pernah berkata bahawa :
“Semua Tariqah (Tasawuf) itu tidak akan berhasil jika tidak
dilakukan segala ajaran Nabi yang merupakan sumber Tariqah.”
No comments:
Post a Comment